Senjata biology.
https://t.me/MalayaCyberForce/9021
Vaksin adalah senjata biologi moden kuasa besar dunia…
Perang Dunia Pertama, Kedua dan Ketiga adalah sebenarnya berkait rapat dengan program vaksin besar-besaran…
Pandemik pertama dunia pada kurun ke-6 semasa Empayar Byzantine, oleh maharaja Justinian I, yang dijangkiti wabak tersebut, tetapi dapat bertahan selepas mendapat rawatan rapi…
Pandemik yang dinamakan Plague of Justinian tersebut dianggarkan meragut sehingga 25 juta hingga 50 juta manusia selama dua abad…
Pada tahun 542, wabak tersebut tiba di Constantinople melalui satu bandar pelabuhan kepada yang lain, tersebar ke seluruh Laut Mediterranean oleh barangan dari kapal dagang Justinian…
Justinian kemudiannya diisytiharkan oleh Procopius dalam karyanya bertajuk “Secret History”, bahawa samada Justinian yang mencipta wabak tersebut atau ianya merupakan balasan keatas dosanya…
Pandemik dunia yang kedua pula berlaku pada tahun 1347 di benua Eropah, dikenali sebagai “The Black Death”, membunuh satu pertiga penduduk Eropah ketika itu…
Black Death dikatakan berasal dari Mongolia, kemudian merebak ke Itali dan negara Eropah yang lain, melalui serangan Mongolia keatas stesen terakhir perdagangan Itali iaitu Kaffa di Crimea…
Tentera Mongol telah memutuskan laluan perdagangan “Silk Road” antara China dan Eropah, menyebabkan wabak terhalang dari merebak ke Eropah Barat…
Pada hujung tahun 1346, tentera Mongol kemudiannya melakukan serangan biologi pertama dunia dengan menjangkiti bandar Kaffa…
Tentera Mongol dengan sengaja meletakkan pakaian dalam mereka di dinding bangunan di bandar dan kampung untuk sebarkan penyakit, direkodkan telah dilakukan oleh Jani Beg iaitu generasi ketujuh Genghis Khan, di bandar Kaffa pada tahun 1343…
Wabak Black Death kemudiannya dipercayai tersebar luas dari manusia kepada kutu yang kemudiannya hinggap di tikus, di kapal-kapal dagang yang membawa bijiran ke Genoa, Messina dan Constantinople di Eropah…
Bakteria bubonik yang sama telah digunakan semasa Perang Sino-Jepun kedua pada tahun 1937 hingga 1945, apabila tentera Empayar Jepun menyerang Republik China…
Unit Shiro Ishii telah melakukan eksperimen menggunakan wabak tersebut, sebelum digunakan di medan perang, salah satunya pada tahun 1940 tentera udara Imperial Jepun telah mengebom wilayah ekonomi Ningbo, di Zhejiang, selatan China dengan kutu yang membawa wabak bubonik…
Semasa perbicaraan jenayah perang Khabarovsk, Jeneral Mejar Kiyoshi Kawashima memberi keterangan pada tahun 1941, Unit Udara 731 telah menjatuhkan kutu yang dijangkiti keatas Changde, yang menyebabkan wabak…
Soviet Union dan Amerika Syarikat telah membantu China ketika diserang Jepun, dan mencetuskan Perang Dunia Kedua selepas Jepun menakluk Malaya dan menyerang Pearl Harbour secara serentak pada tahun 1941…
Serangan Jepun keatas Pearl Harbour secara serentak dengan hanya perbezaan satu jam, dipercayai untuk mengalih perhatian Amerika supaya tidak menumpukan perhatian untuk membantu British melawan penaklukan Jepun di Tanah Melayu ketika itu…
Perang Dunia Pertama berlangsung selama 4 tahun dari 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918…
Melibatkan sebahagian besar Eropah, Rusia, Amerika Syarikat dan Turki, juga melibatkan Timur Tengah, Afrika dan Asia…
9 juta tentera dianggarkan terbunuh semasa peperangan, manakala 5 juta orang awam terkorban semasa penaklukan, kelaparan dan penyakit…
Vaksin pertama dunia dicipta Edward Jenner pada kurun ke-18 iaitu pada tahun 1796 untuk penyakit smallpox, diikuti vaksin pertama untuk taun atau cholera pada kurun ke-19 pada tahun 1880 oleh Louis Pasteur…
Tahun 1885 vaksin pertama untuk penyakit rabies juga dicipta oleh Louis Pasteur dan Emile Roux…
Tahun 1890 vaksin pertama untuk penyakit tetanus oleh Emil Von Behring dicipta…
Tahun 1896 vaksin pertama untuk penyakit tifoid oleh Almwroth Edward Wright, Richard Pfeiffer dan Wilhelm Kolle dicipta…
Tahun 1897 pula vaksin pertama untuk penyakit bubonik dicipta oleh Waldemar Haffkine…
Haffkine seorang Yahudi dari negara Rusia bukanlah ahli perubatan, malah beliau hanyalah seorang zoologis…
Pada Mac 1902, di kampung Mulkowal di Punjab, India, 19 penduduk meninggal dunia kerana dijangkiti penyakit tetanus, selepas divaksin oleh Haffkine…
Haffkine dipecat sebagai pengarah makmal dan diberi cuti dari Perkhidmatan Awam India, membuatkan beliau malu dan terus merantau ke London, sebelum itu Queen Elizabeth memberikan anugerah Knight kepada beliau…
Pada tahun 1904, dua tahun selepas Haffkine digantung, lebih dari satu juta meninggal dunia akibat wabak tersebut, dipercayai akibat dari ratusan ribu dos vaksin yang diberikan Haffkine sebelumnya…
Vaksin yang dihasilkan Haffkine di Institut Pasteur adalah dari idea Louis Pasteur dan Edward Jenner…
Sebanyak 26 juta dos vaksin telah dihasilkan Waldemar Haffkine di makmal yang dianugerahkan oleh kerajaan India di Bombay diantara tahun 1897 hingga 1925, telah dibawa keluar selepas makmal ditutup dan Haffkine digantung…
Dipercayai vaksin yang telah menyebabkan berjuta-juta kematian di India tersebut, telah dibawa bersama Haffkine ke London, untuk diuji pula kepada tentera semasa Perang Dunia Pertama sekitar 1914…
Natijahnya, bermula tahun 1918 wabak Spanish Flu bermula di United Kingdom, Jerman dan Perancis yang mengakibatkan 500 juta kematian…
Walaupun sebenarnya wabak Spanish Flu dikesan bermula di kem tentera Fort Riley, Kansas di Amerika, dipercayai dari tentera Amerika yang telah divaksin…
Teori kaitan Covid-19 dan tentera Amerika yang menyertai Wuhan 2019 Military World Games sebagai “patient zero” Covid-19 bukanlah satu kebetulan dengan wabak Spanish Flu, kerana kedua virus tersebut adalah dari keluarga yang sama iaitu H1N1 Influenza A, manakala SARS CoV-2 bagi Covid-19…
Atlet tentera Perancis Elodie Clouval dan Matteo Tagliariol telah dikesan tidak sihat semasa di Wuhan…
Event 201 pula merupakan satu forum yang membincangkan secara terbuka mengenai langkah-langkah untuk berhadapan dengan sebuah pandemik, yang diambil model dari wabak SARS, dibuat serentak dengan Wuhan 2019 Military Games, bukan juga satu kebetulan…
Valentin Belaud salah seorang atlit Perancis yang pulang dari Wuhan World Military Games 2019 telah mengaku dijangkiti Covid-19 bersama rakannya Elodie Clouvel…
Atlet Amerika dipercayai telah melawat pasar makanan laut di Wuhan, yang berada berdekatan dengan tempat tinggal mereka…
Perang Dunia Kedua yang bermula pada tahun 1939 juga dipercayai ada kaitan dengan program vaksin pada tahun 1937 oleh Max Theiler bersama Hugh Smith dan Eugen Haagen di Yayasan Rockefeller…
Vaksin ini digunakan secara meluas ketika Perang Dunia Kedua oleh tentera Amerika, mengakibatkan wabak Hepatitis B terburuk dalam sejarah dunia…
Menjangkiti sejumlah 330 ribu tentera dan menyebabkan demam kuning kepada 50 ribu yang lain antara 1941 dan 1945…
Vaksin yang dinamakan 17D ini masih digunakan sehingga sekarang, walaupun ada cubaan untuk membangunkan yang baru pada 2018…
Malah pada sekitar 1930, sebuah pasukan perubatan dari negara Perancis, telah menghasilkan vaksin French neurotropic yang menggunakan sel otak tikus, telah menyebabkan panyakit encephalitis, iaitu bengkak otak…
Sejak tahun 1930, sebanyak 600 juta dos vaksin demam kuning telah diberikan, dipercayai menjadi antara punca kepada kematian 73 juta nyawa ketika Perang Dunia Kedua berlangsung…
Pada Februari 2021, Unicef telah dilaporkan menganugerahkan kontrak berharga 0.97 USD hingga 1.444 USD untuk setiap dos, untuk beberapa tahun kepada pembekal vaksin demam kuning…
Gavi Alliance, WHO, Unicef, Bill & Melinda Gates Foundation merupakan penyelaras program vaksin demam kuning, dan entiti yang sama juga bertanggungjawab di dalam penghasilan vaksin Covid-19…
Pasca Perang Dunia Ketiga di Ukraine ini, bukanlah satu kebetulan berlaku ketika era pandemik Covid-19 dan program vaksinasi yang sedang giat dijalankan di Asia, walaupun sudah mula dihentikan di negara-negara Eropah…
Sepertimana kematian 500 juta nyawa ketika Spanish Flu pada tahun 1917, ketika Perang Dunia Pertama 1914, setelah 26 juta vaksin bubonik dibawa dari Bombay ke London…
Dan kematian 75 juta nyawa ketika Perang Dunia Kedua ketika program vaksin demam kuning mencecah 600 juta dos…
Adakah kematian Perang Dunia Ketiga yang mungkin melibatkan senjata nuklear, akan mengakibatkan kematian berbilion manusia, sesuai dengan agenda “depopulation” Bill Gates dan Illuminati untuk mengurangkan penduduk dunia kepada hanya 500 juta…
Adalah sebenarnya kematian akibat program dos vaksinasi Covid-19 yang telah mencapai 10.67 bilion dos setakat 24 Februari 2022…
Perang Dunia Ketiga tidak akan terjadi jika anda menolak vaksin “booster” Covid-19 dan seterusnya, walaupun anda diugut dengan berbagai cara…
Jika anda memilih untuk terus menyokong program vaksinasi Covid-19, maka berbilion dana negara akan terus disalurkan kepada syarikat Pfizer di Amerika serta AstraZeneca di United Kingdom…
Amerika dan sekutunya adalah dalang kepada serangan Rusia kepada Ukraine, selepas meluaskan pengaruh NATO ke negara sekitar Rusia, iaitu Ukraine, Romania, Poland, Jerman dan lain-lain…
Vladimir Putin presiden Rusia adalah merupakan seorang bekas perisik KGB dan FSB berpangkat leftenan kolonel selama 16 tahun, dan adalah agak janggal jika beliau tidak tahu matlamat “depopulation” Amerika dan sekutunya…
Serangan Rusia keatas Ukraine mungkin merupakan langkah pertama blok Sosialis dan Komunis untuk bergabung menghancurkan blok Kapitalis yang amat memusuhi Islam…
Pembunuhan manusia atau “human genocide” terbesar ini masih boleh dielakkan kerana ianya belum lagi terjadi…
Sesungguhnya takdir pembunuhan berbilion manusia adalah berada di tangan anda…
Allah tidak akan membantu hamba-Nya yang begitu mudah menyerah dalam membuat keputusan, sedangkan dia tahu akan akibatnya…
Takdir Allah yang tertulis di Luh Mahfuz atas perkara yang sudah terjadi, namun manusia diberi akal untuk membuat pilihan sebelum sesuatu perkara…
Namun Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui akan setiap pilihan yang hamba-Nya akan lakukan sejak kewujudan manusia lagi…
Jika tidak, mengapa adanya balasan Syurga dan Neraka…
Na’udzubillahiminzalik. Wallahua’lam. Allahu Akbar.
#MalayanCyberForces #kobidkonspirasi #banjirkonspirasi
@MalayanCyberForces

Join Whatsapp group.
Pesawat terbesar di dunia hancur berkecai di Ukraine dibom tentera Russia
22.02.2022 – Alhamdullilah
Watch “Allahu Akbar.” on YouTube